I SERVE

Tuesday, August 31, 2010

BEZA SEKOLAH DI SINGAPURA DENGAN DI MALAYSIA


Masa suruh anak buatkan blog semangat berkobar-kobar nak berblog setiap hari rupa-rupanya cakap tak serupa bikin.Yalah dah buat blog hari berikutnya ke Singapura.Ingat tak Singapura Oh Singapura.Balik dari Singapura kena pergi ke Cameron pulak.Pergi sana bawak juga lapton konon-konon nak menulis di blog.Hampeh.....Habis kursus pukul 10.00 malam.Masuk bilik cit cit cit cit pulak, sampai tertidur.Akhirnya laptop simpan kat peti besi sampai balik.

Oklah.... hari ni saya bercuti.Tak larat kesan mabuk naik bas masih terasa lagi.Setelah berihat beberapa jam saya cuba-cuba on laptop buka blog.Aduh..... sedih pada diri sendiri.

Saya bukan nak cerita tentang perasaan saya pada blog saya tau.Sebenarnya saya nak cerita tentang pengalaman saya ke Singapura.Yalah hampir dua puluh tahun tak ke sana.Wau...... banyak perubahannya.Sebagai cikgu dah tentu sekolah lokasi lawatan yang paling penting.

Setelah melawat ke SENTOSA ISLAND hari berikutnya kami di bawa melawat Sekolah Kami difahamkan murid di sekolah ini terdiri daripada berbilang kaum.Boleh dikatakan sekolah warga asing.Anak dari Malaysia pun ada bersekolah di situ.Mengikut pengetua sekolah tersebut ibu bapa murid di situ terdiri daripada ibu bapa berpendapatan rendah.







Yang mengkagukkan saya ialah fizikal sekolah itu.Wau.... besar dan cantik.Seitiap tempat di sekolah itu dijadikan tempat p&p.Di lantai ,di dinding, di tangga semuanya ada maklumat.Kiranya seronoklah murid-murid berada di sekolah itu.

Ilmu inilah yang hendak saya bawa di sekolah saya."Sekolah Permainan berilmu" itulah gelaran yang akan saya berikan kepada sekolah saya itu pun setelah setiap sudut saya jadikan tempat permainan berilmu. Bermain tak lari dari kehidupan murid-murid sekolah rendah.Harapan saya apabila banyak tempat-tempat permainan di kawasan sekolah murid-murid lebih suka datang ke sekolah dan akhirnya saya dapat kurangkan gejala ponteng di kalangan murid-murid saya.Insyaalah.


1 comment:

  1. salam...alhamdulliah anak kamu dah beransur sembuh..kecian muda-muda dah kena sakit macam tu..alhamduliah mungkin juga berkat doa dari semua terutama ibubapa, isteri, adik beradik,sanak saudara tercinta.

    nak berblog ni memang kena ada semangat jitu..tak boleh mengaku kalah..lagipun bukan senang nak senang.

    ReplyDelete