I SERVE

Saturday, July 24, 2010

SINGAPURA OH SINGAPURA


Esok 26/7/2010 sekumpulan Guru Besar akan bertolak ke Singapura.Kami akan bertolak dari Kajang pada pukul 4.00 pagi.Janjinya semua orang perlu berada di PPD pada masa itu.Masa kelewatan hanya diberi selama 15 minit.Sesiapa yang lewat dari waktu itu akan ditinggalkan. Tanggunglah kekecewaan sendiri.Segalanya dilakukan kerana tidak mahu terperangkap dalam jem semasa di Johor bahru nanti.

Teringat pulak masa kanak-kanak dulu.Kalau ada rombongan tak tidur satu malam.Nak tidur pun takut sebab takut tak terbangun alamat kecewalah.....

Perasaan itu wujud pada tika ini.Yelah kepimpinan melalui teladan.Kita selalu kata pada murid-murid kalau lambat tinggal.Apa jadi kalau kita pula ditinggalkan gara-gara laambat.Tak malu ke?

Semasa remaja dulu, sekitar tahun 1970an Singapura merupakan destinasi yang perlu dikunjungi setiap bulan.Yelah pada awal bulan duit tengah banyak.gaji pun baru dapat tempat yang paling seronok membeli belah di woodland.Barang yang kerap dibeli tentunya baju,kasut dan handbag bukan saje murah malah lebih trendy.Walaupun gaji ketika itu RM220.00 tetapi kita boleh rasakan besar nilainya.

Hampir 20 tahun tak menjejakkan kaki di bumi Singapura.Kami hanya menanti kehadiran saudara mara dari sana untuk bertemu.Mereka pun lebih gemar ke Malaysia katanya harga barang di sini lebih murah.

20 tahun tentu telah banyak perubahan.Tak sabar rasanya menanti hari esok nak tengok perubahan di Singapura.Nanti balik dari Singapura saya akan ceritakan pengalaman di Singapura pada kalian.Jadi jangan lupa terus lawati blog saya yea......