I SERVE

Monday, August 30, 2010

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH


Hari ni sekolah saya mengadakan Sambutan Ambang Kemerdekaan.Walaupun sambutan agak sederhana maklumlah bulan puasa tapi
masih meriah.

Guru-guru dan murid-murid buat persembahan bagi memeriahkan sambutan itu.Selain daripada persembahan ada juga pertandingan.

Yang paling saya suka ialah pertandingan menganyam ketupat.Mulanya pertandingan itu dibuka kepada murid-murid.Tapi malangnya tiada peserta dari kalangan murid-murid.Ialah anak-anak zaman moden,yang amat meminati makanan segera.

Mungkin pada mereka apa perlu belajar anyam ketupat.Buat susah aje.Ketupat nona kan ada.

Oleh kerana tiada penyertaan dari kalangan murid pertandingan dibuka kepada guru-guru.Hmmm.......sama aje rupanya guru dan murid.Bukan semua guru boleh mengayam ketupat terutamanya guru-guru muda.Alasan mereka kami orang kedah tak buat ketupat kami buat ketupat daun palas.


Namun saya berbangga melihat guru-guru yang ingin mencuba walau pun ini kali pertama membuat ketupat.Mereka tidak jemu mencuba akhirnya jadi juga kelongsong ketupat walaupun jenis ketupat apa pun tak tau.Yang penting jadi kelongsong.


Saya ingat dulu masa mula-mula belajar buat ketupat.Ialah.... zaman saya dulu anak dara mesti pandai buat ketupat.Macam-macam kata-kata yang menakutkan untuk memastikan kita pandai mengayam ketupat tu.

Mereka kata kalau tak pandai anyam ketupat nanti kena ramas anu benggali berduri.Aduh takutnya....... jadi kenalah belajar sampai pandai.

Kalau kita cakap pada budak-budak sekarang mereka akan ketawakan kita bukan mereka nak belajar.Itulah beza anatara dulu dan sekarang.

Macam mana dengan kalian boleh anyam ketupat.kalau tak pandai bolehlah belajar.Ingat nanti kena ramas anu....... takut tak?

No comments:

Post a Comment