I SERVE

Monday, August 30, 2010

MUKJIZAT AIR ZAM-ZAM


Asalamualaikum semua.....

Macam mana hari ni puasa tak?Yang perempuan kalau tak puasa ada alasan yang kukuh.Itu pun hanya allah yang tahu.Bagi lelaki jangan tak puasa pulak.Silap-silap hari bulan kena naik van mayat.Apa-apa pun ingatlah apa yang kita buat mestilah kerana Allah.

Pagi tadi lepas sahur langsung tak tidur.Tak tahu kenapa mata tak mengantuk mungkin kerana dah biasa. Selepas sahur biasanya mandi dan siap-siap ke tempat kerja.Hari ni walaupun cuti mata tak boleh tidur.

Tengah baring-baring di depan TV tengoklah program di Astro Oasis.Pada ketika itu ditunjukkan mukjizat air zam-zam.Makinlah tak boleh tidur.Mata terus fokus pada tv.

Ustaz Abdul Raham (kalau tak silap) menceritakan pengalaman beliau sakit perut di Mekah dan beliau telah meminum air zam-zam , alhamdulillah dengan kuasa Allah sakit beliau sembuh dengan serta merta.



Baru-baru ni anak saya admited di hospital kerana paru-paru berair.Tak tahu macam mana hati tergerak nak suruh minum air zam-zam dan air musoffa.Apabila melihat program pagi tadi saya lebih yakin kebaikan air zam-zam moga-moga dengan izin Allah air ini serasi dengan anak saya dan moga-moga dia cepat sembuh.Insyaallah.





No comments:

Post a Comment