I SERVE

Wednesday, August 18, 2010

Sorry......Sorry........Sorry

Masa mula-mula nak buat blog saya bercadang nak jadi blogger yang aktif.Tapi........ rupa-rupanya masa tidak mengizinkan.Selain daripada masa,kepandaian juga tak mengizinkan.

Semasa buat lawatan ke Singapura banyak juga gambar diambil.Cadangnya nak masukkan dalam blog nak share dengan kalian.Malangnya dah belajar berkali-kali dengan anak-anak cara nak masukkan gambar namun gagal untuk mengingatinya.

AKU CERAIKAN KAU

Inilah anak-anak muda sekarang.kata-kata ni mudah sangat terkeluar dari mulut.Mengapa ye saya pun kurang yakin.Nak kata kurang pengetahuan sebelum kahwin dah pergi kursus.Orang dulu tak ada pun kursus namun rumah tangga mereka kekal hingga akhir hayat.

Memanglah bercerai halal di sisi agama namun bukankah Allah tak suka.

Mengapa sebelum kahwin semuanya baik,semuanya cantik tapi apabila umur perkahwinan baru dua tiga bulan dah mula tiada persefahaman.

Hari ini berita Roslin Hashim bercerai lagi.Rasanya baru sahaja kita mendengar atau membaca majlis pernikahannya yang kedua.Baru beberapa bulan dah bercerai.Rasanya waktu mengumpul duit untuk kahwin lebih panjang daripada masa nak bercerai.

Apa-apa pun jodoh di tangan tuhan.Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.Kita sebagai hambaNya harus redha menerimanya.

Kepada yang masih suami isteri tu saya harap janganlah mudah melafazkan perkataan talak.Berbincanglah jika ada masalah.Sentiasa berdoa agar hubungan suami isteri kekal abadi.Insyaallah.

No comments:

Post a Comment